Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
PPN: Berita

PPN/PPWN 2006

Wednesday, September 20, 2006 1:19 PM

Salam

  1. PPN/PPWN 2006 akan diadakan pada 24,25,26 November 2006 bertempat di Kompleks Darul Puteri, Cheras Kuala Lumpur.

  2. Sudah sekian lama, PPN/PPWN kini kembali diadakan di Lembah Klang. Kami ingin menjadikan perhimpunan tahunan ini dihadiri oleh seramai mungkin ahli dan pemerhati.

  3. Sila lantik Perwakilan yang benar-benar dapat hadir (insyaAllah) ke PPN/PPWN 2006. Kami ingin melihat peratus kehadiran perwakilan yang tinggi ke PPN/PPWN tahun ini.

  4. Kami juga ingin menggalakkan seramai mungkin permerhati (ahli JIM, ahli KARISMA, rakan-rakan JIM dsb) hadir terutama semasa Majlis Perasmian dan Ucapan Dasar Presiden dan Ketua Wanita - pada pagi Jumaat 24 Nov dan pagi Sabtu 25 Nov 2006.

  5. Ketika PPN/PPWN 2006 berlangsung, kita akan adakan serentak Karnival JIM 2006.

  6. Sila war-warkan semua ahli dan rakan-rakan di semua Negeri dan Daerah.

Jzkk kepada semua.

Wassalam

Nahar Md. Nor
SUA JIM
20 Sep 2006
019-3328141

Top

PPN/PPWN 2006: Berita Gembira Utk Orang Sabah dan Sarawak

Monday, October 09, 2006 1:26 PM

Salam

Ramadhan Al Mubarak!

  1. Alhamdulillah, JK Kerja Induk PPN/PPWN 2006 telah mengadakan mesyuarat ke 3 pada pagi semalam, Ahad 8 Okt 2006. (Jzkk kepada KW, Dr Har, selaku penasihat JK Induk yang turut hadir dan memberi banyak pandangan - dah dua kali msyt Dr Har hadir!.)
  2. Mesyuarat kali ini telah dapat meneliti dengan lebih terperinci terhadap banyak aspek. Kedua-dua Pengurus (Pengurus PPN/PPWN - Sdr Roshasni serta Pengurus Karnival - Hj Ridhuan, YDP Hulu Langat telah membentangkan perancangan pasukan mereka).
  3. PPN/PPWN akan dibantu oleh JIM Daerah Ampang Jaya, Gombak, Batu dan P Jaya.
  4. Karnival akan dibantu oleh JIM Daerah H Langat, Sepang, Titiwangsa dan kini pasukan ini ingin meminta bantuan tambahan drpd JIM Petaling dan JIM Klang. Pohon kedua-dua YDP Daerah ini hubungi Hj Ridzuan (019-2347101) - pohon juga keizinan JIM Sngor utk kami manfaatkan tenaga tambahan drpd JIM Selangor ni...
  5. JIM Daerah Cheras bertanggungjawab terhadap aspek logistik dan keselamatan bagi kedua-dua PPN/PPWN dan Karnival.
  6. JIMedia akan membantu dalam aspek media, penerbitan, promosi dsb bagi kedua-dua PPN/PPWN dan Karnival.
  7. Kami menggalakkan antum sekeluarga ber"kampung" di KL pada 24,25,26 Nov 2006 semasa PPN/PPWN. Kami juga menyusun program utk anak-anak. JIM Ampang jaya insyaAllah akan uruskan hal ini. Dengarnya antara yang menarik yang sedang dipertimbangkan adalah sesi jelajah KL bersama LRT...
  8. Kami juga telah tetapkan yuran penyertaan dalam PPN/PPWN 2006:
    1. Perwakilan PPWN shj (1 hari): RM50
    2. Perwakilan PPN shj (2 hari): RM80
    3. Perwakilan PPWN dan PPN (3 hari): RM80
    4. Pemerhati sepenuh masa - yurannya seperti perwakilan di atas.
    5. Pemerhati Majlis Perasmian/Ucapan Dasar Presiden: RM10
    6. Pemerhati Majlis Perasmian/Ucapan Dasar Ketua Wanita: RM10
    7. Karisma/Mahasiswa/ Pelajar: separuh harga bagi setiap kategori di atas.
  9. Kami ingin menggalakkan seramai mungkin pimpinan dan ahli termasuk Karisma utk hadir sebagai pemerhati terutama semasa kedua-dua Majlis Perasmian.
  10. Berita gembira bagi Perwakilan Sabah dan Sarawak!: memandangkan kos perjalanan yang tinggi serta kami ingin menggalakkan kehadiran Perwakilan yang lebih ramai dari Sabah dan Sarawak, kami telah bersetuju untuk mengecualikan ("waive") Yuran Pendaftaran bagi Perwakilan Sabah dan Sarawak (yang bermastautin di Sabah dan Sarawak...).
  11. Seperti tahun-tahun lepas, kutipan daripada yuran-yuran ini tidak akan dapat menampung segala kos bagi mengendalikan PPN/PPWN. Sehubungan dengan itu sumbangan tambahan serta penajaan dari semua pihak amatlah kami harap dan alu-alukan.
  12. Esok, Selasa 10 Okt 2006 (Sngor cuti umum Nuzul Quran, KL tak cuti) JK kerja dan beberapa org JKP akan mengadakan lawatan tapak (site visit) bagi perancangan yg lebih teliti.

Pendaftaran bolehlah dilakukan mulai sekarang.

Jzkk atas perhatian yang diberikan dan pohon doakan persiapan dan pelaksanaan berjalan lancar...

Wassalam

Nahar Md Nor
Pengarah PPN/PPWN 2006
019-3328141

Top

Siapakah Perwakilan PPN?

Tuesday, October 17, 2006 1:05 PM

Salam

Sebagai peringatan di maklumkan semula...

Hal ini disebut dalam Perlembagaan JIM dalam Perkara 8.4.
Daripada 8.4.1 hingga 8.4.7.
Secara ringkas Perwakilan ke PPN adalah:

  1. JKP, Peng dan Timb Peng Tetap dan Pemeriksa Kira-kira Pusat
  2. YDP, TYDP, SU, Bend dan KW Negeri atau wakil. Mereka yg juga JKP boleh lantik penganti.
  3. Tidak lebih drpd 10 org wakil yang dilantik oleh AJK JIM Negeri
  4. YDP Daerah atau wakil. YDP yang jadi JKP atau dah masuk dlm kategori 2 di atas boleh lantik pengganti.
  5. Wakil Daerah yg dipilih oleh MAD. Daerah yg kurang drpd 50 ahli - 2 wakil. Setiap tambahan 100 ahli - tambah 1 wakil
  6. Tidak lebih drpd 10 wakil WJP, tidak lebih drpd 2 wakil WJN dan tidak lebih drpd 1 wakil WJD yang dipilih sendiri oleh Wanita JIM menurut Peraturan wanita JIM.

Nota: Pelantikan wakil atau pengganti perlulah dibuat menggunakan borang yang disediakan.

Sila ambil tindakan untuk melantik Perwakilan ke PPN dengan kadar segera (bagi yang belum)...

Jzkk atas perhatian semua.

Wassalam

Nahar Md. Nor
019-3328141

Top

Pertandingan Rekacipta Busana Muslimah

Wednesday, October 18, 2006 10:14 AM

“Problemlah nak cari pakaian yang sesuai untuk anak-anak kita. Untuk budak-budak, asyik-asyik gaun atau t-shirt lengan pendek. Yang remaja pulak, ada blaus tapi ketat, singkat dan jarang pulak tu. Kalu baju pregnant yang cantik-cantik pulak, lengan tiga suku, labuh kat betis….. Jubah sekarang ada pinggang pulak tu…. Saiz cam kita yang XXL ni susah betul nak jumpa… Kalulah ada sister kita yang jual pakaian yang mengikuti ‘citarasa’ kita-kitani, senanglah sikit… takde le kena meronda kat Jalan TAR tu masuk kedai keluar kedai… ” itulah antara luahan yang biasa kita dengar.

Menyahut pasaran pelanggan istimewa ini, maka WJIM pusat ingin mencungkil bakat-bakat ‘fashion designer’ yang selama ini terpendam… Belum cuba belum tahu! Coretkan idea anda berdasarkan fesyen apa yang anda inginkan tapi susah dijumpai… atau pernah ada fesyen yang anda gemari, cuma ada bahagian yang perlu diubahsuai mengikut keselesaan dan praktikaliti.

Remaja o remaja…. Macam-macam fesyen di pasaran.. tapi banyak yang tak syari’e. Yang ok menutup aurat pulak, fesyen macam makcik-makcik kawan mak ‘kita’ je… nampak cam dah ‘senior citizen’ je… Oleh itu wahai remaja, curahlah kreativiti dan citarasa remaja muslimah tu di atas kertas… sertai peraduan ini… murah rezeki dapat hadiah, disamping tu fesyen rekaan menjadi ikutan remaja-remaja… Cool tak? InsyaAllah dapat pahala kerana melahirkan ciptaan yang ‘muslimah’.

Maklumat Lanjut

Top

Buku Cenderamata PPN/PPWN/Karnival

Thursday, October 19, 2006 12:55 PM

Salam

1. Malam tadi, Mesyuarat kali ke 4 JK Kerja PPN/PPWN/Karnival. Jzkk kpd semua yang hadir...mudah- mudahan diganjari Allah pahala sepuluh akhir Ramadhan atas masa dan tenaga yang dicurahkan bagi perjuangan besar ini...

2. Antara perkara yang dibincangkan yang perlu kami maklumkan segera adalah berkaitan buku cenderamata. InsyaAllah buku cenderamata akan mengandungi antara lain:

  1. Kata-kata aluan Presiden, KW dan Pengarah PPN/PPWN
  2. Aturcara PPN, PPWN dan Karnival JIM Bersama Masyarakat
  3. Senikata Lagu JIM dan Lagu Wanita JIM (Wanita Gemilang)
  4. Senarai nama dan no tel JKP, JKPW dan penjawat utama (sekurang-kurangnya YDP, SU dan KW) semua JIM Negeri dan Daerah (untuk rujukan Perwakilan selepas PPN/PPWN utk saling berhubung)
  5. Senarai nama AJK PPN/PPWN/Karnival
  6. Ruang-ruang iklan ucapan tahniah atau mengalu-alukan para perwakilan daripada JIM Negeri, Daerah termasuk Wanita atau Institusi JIM atau individu atau korporat. Ini akan membantu menjana dana bagi menjayakan PPN/PPWN (seperti yang ana sebut sebelum ini...yuran tak dapat menampung semua kos).

5. Ruang-ruang iklan ucapan tahniah atau mengalu-alukan para perwakilan daripada JIM Negeri, Daerah termasuk Wanita atau Institusi JIM atau individu atau korporat. Ini akan membantu menjana dana bagi menjayakan PPN/PPWN (seperti yang ana sebut sebelum ini...yuran tak dapat menampung semua kos).

Contoh ruang iklan:


  1. JIM Melaka Mengalu-alukan Kehadiran Semua Perwakilan dan Pemerhati ke PPN/PPWN 2006. Drpd YDP, AJK dan ahli-ahli JIM Negeri Melaka.
  2. Wanita JIM Johor Mengucapkan Selamat Bersidang Kepada Semua Perwakilan PPN/PPWN 2006.
  3. Tahniah kepada JIM atas Kejayaan Menganjurkan PPN/PPWN 2006 dan Karnival JIM Bersama Masyarakat daripada Tadika Amal.

Harga penajaan akan bergantung kepada saiz ruang iklan. Satu muka surat penuh RM1,000. separuh mukasurat RM500 dan satu perempat mukasurat RM300.

Diharap JIM Negeri dan Daerah termasuk wanita dapat menaja ruangan iklan ini atau mencari institusi JIM/rakan JIM atau individu atau orang perseorangan untuk berbuat demikian. Ini dapat membantu kami mendapatkan dana bagi menampung kos pengurusan PPN/PPWN. Pada masa yang sama, ini dapat mewujudkan suasana ukhuwah dan mahabbah kerana saling mengalu-alu dan mengucapkan tahniah antara satu sama lain.

Jzkk atas perhatian semua.

Wassalam

Nahar Md. Nor
Pengarah PPN/PPWN/Karnival JIM Bersama Masyarakat 2006
019-3328141

Top

Bahan-bahan Yang Perwakilan Akan Dapat

Thursday, October 19, 2006 1:08 PM

Salam

Ana ingin maklumkan bahawa semua Perwakilan dan Pemerhati Penuh PPN dan PPWN akan mendapat:

  1. Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan
  2. Buku Ucapan Dasar Presiden
  3. Buku Ucapan Dasar Ketua Wanita
  4. Buku Kompilasi Ucapan Dasar Ketua Wanita
  5. Buku Risalah Pemimpin 7
  6. Buku Cenderamata PPN/PPWN/Karnival JIM Bersama Masyarakat
  7. Beg atau fail (belum diputuskan)

Nota:

  1. Buku Ucapan Dasar Presiden akan hanya diedarkan pada hari Sabtu. Perwakilan dan Pemerhati Penuh PPWN yang tidak hadir PPN perlu mendapatkannya pada hari tersebut.
  2. Pemerhati bagi Majlis Perasmian PPN sahaja (Ucapan Dasar Presiden) akan hanya mendapat Buku Ucapan Dasar Presiden.
  3. Pemerhati bagi Majlis Perasmian PPWN sahaja (Ucapan Dasar Ketua Wanita) akan hanya mendapat Buku Ucapan Dasar Ketua Wanita.
  4. Semua bahan-bahan ini boleh dibeli dikaunter pendaftaran.

Jzkk atas perhatian.

Nahar Md. Nor

Top

Tempahan untuk Gerai sempena PPN/Karnival JIM 2006

Thursday, October 19, 2006 5:05 PM

Assalamu’alaikum,

Sebagaimana yang kita semua maklum, PPN tahun ini akan berlangsung di Darul Putri (Kompleks Putri Islam) di Kuala Lumpur . Ianya akan berlangsung dari 24hb hingga 26hb Novermber 2006. Yang membezakan PPN kali ini adalah adanya bersama Karnival yang akan berlangsung sepanjang tempoh PPN. Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari masa ke masa serta melalui web-page PPN/Karnival yang sedang dibangunkan oleh JIMedia.

Dengan beberapa bentuk publisiti serta penerangan secara berkesan yang sedang dirancang oleh pihak JK, kami yakin karnival ini akan mendapat sambutan hebat dari orang ramai terutama dari masyarakat rumah pangsa yang berjiran dengan Darul Putri ini. Ditambah lagi dengan kehadiran para perwakilan, pemerhati serta kaum keluarga masing-masing bermakna disepanjang 3 hari ini terbukalah satu peluang perniagaan yang terbaik disepanjang sejarah PPN kita. Pihak JK memang berusaha kearah tersebut.

Peluang berniaga

Bakal para peniaga perlu memenuhi beberapa syarat berkaitan barang-barang yang akan dijual. Secara mudah semua barang dibenarkan untuk dijual kecuali:

  • Barang-barang yang tak lulus dari pandangan syarak dan undang-undang Malaysia
  • Barang-barang yang akan mengotorkan tempat-tempat niaga (pihak pengurusan kompleks amat mengambil berat perkara ini). Air tebu yang dimesen ditapak niaga umpamanya.
  • Sebarang makanan yang perlu dimasak atau digoreng ditapak niaga. Walau bagaimana pun memanaskan makanan yang telah dimasak menggunakan microwave oven adalah dibenarkan.
  • Semua barang-barang yang dijangka akan memberi imej kurang sesuai kepada JIM

Tempat adalah terhad. Oleh itu untuk gerai pameran, pihak JK Karnival terpaksa menghadkan penyertaan hanya kepada:

  • JK JIM Pusat
  • JIM Daerah atau institusi JIM yang mempunyai kelainan dari JK JIM Pusat.

Bagi badan-badan atau institusi daerah atau negeri yang telah sedia ada diperingkat Pusat maka disarankan supaya berhubung dengan pihak Pusat supaya bahan pameran tersebut boleh digabungkan

Berikut adalah maklumat berkaitan ruang niaga (gerai) tersebut:

  • Khemah (canopy) berukuran 10’ x 10’
  • Dilengkapkan dengan kipas, lampu, meja serta kerusi.

Setiap satu khemah akan disewakan dengan kadar sewa yang amat menasabah yakni sebanyak RM500 untuk sepanjang 3 hari 1 malam. Jika dirasakan ruang 10 kaki x 10 kaki itu terlalu besar, 2 peniaga boleh berkongsi satu khemah/ruang niaga.

Dicadangkan bahawa waktu niaga/pameran dibuka kepada para pengunjung dan orang ramai (InsyaAllah memang ramai) seperti berikut:

  • Jumaat 24hb antara jam 10 pagi hingga 6 petang
  • Sabtu 25hb antara jam 10 pagi hingga 11 malam
  • Ahad 26hb antara jam 10 pagi hingga 5 petang

Oleh itu, dengan resminya tempahan untuk menyewa ruang-ruang niaga dan pameran untuk sepanjang tempoh PPN/Karnival adalah dibuka mulai sekarang.

Majukan permohonan antum terus kepada ridzuan@tnb. com.my dan bukan kepada NN ni – takut tertimbus dibawah mail-mail yang banyak tu.

Ridzuan Harun

Pengurus Karnival

Top

Usul Untuk PPN 2006

Tuesday, October 17, 2006 12:38 PM

Salam

1. Sepertimana yang ana umumkan, tarikh akhir bagi usul sampai ke Ibu Pejabat adalah 3 Nov 2006 (bagi usul yang melibatkan pindaan Perlembagaan JIM) dan 10 Nov 2006 (bagi usul biasa).

2. Usul-usul yang diluluskan dalam MAD dan MPN yang bertujuan dipanjangkan usul tersebut ke PPN, perlulah dilakukan secara rasmi ke Ibu Pejabat. Penghantaran Minit MAD atau MPN ke Ibu Pejabat tidak boleh dianggap sebagai telah menghantar usul-usul tersebut.

3. Sepertimana yang ana sebutkan sebelum ini, kami mengharapkan agar usul-usul yang ingin dikemukakan biarlah berkaitan dengan perkara-perkara besar, asas dan dasar. Cuba elakkan usul-usul yang berkaitan dengan cadangan pogram serta berbentuk pengoperasian. Perkara-perkara begini boleh dicadangkan bila-bila masa untuk dibincangkan semasa MJKP - sepanjang tahun dan tak perlu tunggu PPN. Kita juga sering "terperangkap" dalam usul-usul yang melibatkan pengoperasian kerana tidak cukup masa untuk dihalusi dari pelbagai sudut. Akhirnya kita serba salah..dan adakalanya kita luluskan usul yang akhirnya kita sendiri dapati sukar laksanakan kerana usul diluluskan tanpa perbincangan yang masak.

4. Oleh itu usul-usul yang hendak dikemukakan biarlah yang melibatkan perkara dasar dan asas dalam perjuangan kita.

Jzkk atas perhatian semua.

Wassalam

Nahar Md. Nor
019-3328141

Top

Majlis Perasmian PPWN - Ikhwah Juga Dijemput Hadir

Friday, October 20, 2006 9:32 AM

Salam

Majlis Perasmian PPWN akan diadakan pada 24 Nov 2006 jam 9.00 pagi. PPWN akan dirasmikan oleh Sdr Presiden. Ketua Wanita akan menyampaikan Ucapan Dasar selepas itu.

Sebelum ini, ada ikhwah yang tak pasti samada mereka boleh hadir atau dijemput hadir atau tidak ke majlis ini.

Olehitu ana nak jelaskan di sini bahawa semua ikhwah (dan akhawat lebih-lebih lagi) dijemput hadir sebagai pemerhati ke majlis perasmian ini. Sila daftar bagi memudahkan bagi budget minum pagi.

Jzkk atas perhatian semua.

Wassalam

Nahar Md. Nor
019-3328141

Top

Perwakilan Negeri Ke PPN: 5 + 10 + 2 = 17

Tuesday, October 31, 2006 2:00 PM

Salam

Oleh kerana masih ada yang kurang jelas, ana maklumkan sekali lagi. Mengikut Perlembagaan JIM, Perwakilan Negeri ke PPN adalah:

  1. 5 orang Penjawat Utama JIM Negeri: YDP, TYDP, SU , Bendahari dan KW
  2. Tidak lebih drpd 10 orang dipilih oleh AJK Negeri
  3. 2 orang Wanita JIM yang dipilih dalam MPWN

Jadi jumlah maksimum Perwakilan sebuah negeri (termasuk Wanita negeri) adalah: 5 + 10 + 2 = 17 orang.

Pohon majukan nama-nama yang telah dipilih ke Ibu Pejabat dan sekaligus mendaftar.

Jzkk atas perhatian.

Wassalam

Nahar Md. Nor
019-3328141

Nota: Jzkk atas semua kiriman sms ucapan Selamat Hari Raya yang tak dapat dibalas kesemuanya, maaf.

Top

Perwakilan Daerah: 2 + a + 1

Wednesday, November 01, 2006 8:24 AM

Salam

Sebagai peringatan, di maklumkan juga bahawa mengikut Perlembagaan JIM, Perwakilan Daerah ke PPN adalah berdasarkan jumlah ahli yang layak menghadiri MAD (yakni ahli seumur hidup + ahli biasa yang telah menjelaskan yuran tahunan. Senarai ini telah dihantar oleh Ibu Pejabat ke semua daerah sebelem MAD)

  1. Kurang daripada 50 ahli: 2 wakil
  2. Setiap tambahan 100 ahli: tambah 1 wakil.
    Wakil-wakil ini dilantik semasa MAD.
  3. Wakil WJ Daerah yang dilantik dalam MAWD: 1 orang (tak semestinya KW Daerah walaupun kebanyakan WJ Daerah memilih KW Daerah)

Rumusan- Jumlah Perwakilan Daerah: 2 + a + 1 (a bergantung kepada jumlah ahli yang layak hadir MAD).

Semoga bermanfaat.

Wassalam

Nahar Md. Nor
019-3328141

Top

Pendaftaran Pemerhati ke PPN/PPWN

Tuesday, November 07, 2006 3:39 PM

Salam

  1. Ibu Pejabat sedang mengemaskini senarai Perwakilan ke PPN/PPWN. Pohon semua negeri dan daerah menghantar ke Ibu Pejabat senarai Perwakilan yang antum telah pilih (terutamanya AJK JIM Negeri yang diberi kuasa memilih 10 orang Perwakilan ke PPN - sila hantar senarai ini ke Ibu Pejabat hari ini).
  2. Kami menggalakkan seramai mungkin pemerhati ke PPN/PPWN terutama semasa Majlis Perasmian PPN dan PPWN di mana Ucapan dasar Presiden dan Ketua Wanita akan dibentangkan.
  3. Pohon semua yang ingin turut serta sebagai pemerhati daftar sekarang. Pohon Karisma Nasional bantu hebahkan kepada ahli-ahli Karisma utk turut mendaftar.
  4. Sebagai peringatan, Yuran Pendaftaran adalah seperti berikut:
    1. Perwakilan dan Pemerhati Penuh PPWN- RM50
    2. Pemerhati Majlis Perasmian PPWN- RM10
    3. Perwakilan dan Pemerhati Penuh PPN- RM80
    4. Pemerhati Majlis Perasmian PPN- RM10
    5. Perwakilan dan Pemerhati Penuh PPN dan PPN- RM80

Nota:

  1. Perwakilan Sabah dan Sarawak yang bermastautin di Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada Yuran Pendaftaran.
  2. Yuran Pendaftaran bagi ahli-ahli Karisma yang masih belajar adalah separuh daripada yang di atas.
  3. Perwakilan dan Pemerhati Penuh PPWN (tetapi bukan Perwakilan dan tak berhajat menjadi Pemerhati Penuh PPN) digalakkan sertai Majlis Perasmian PPN. Mereka tak perlu buat bayaran tambahan tetapi sila daftar utk kami budget minum pagi.
  4. Sumbangan tambahan amatlah dialu-alukan. Yuran-yuran ini belum dapat menampung semua kos.

Pemerhati sila mula mendaftar.

Jzkk atas perhatian semua.

Wassalam

Nahar Md. Nor
019-3328141

Top

PPN/PPWN/Karnival - Penginapan di Darul Putri - Latest Update

Thursday, November 09, 2006 9:31 AM

Salam,
Terkini utk penginapan di Darul Puteri:
Bilik utk lelaki sahaja sudah habis ditempah (tingkat 1).
Bilik di tingkat wanita (tingkat 2)sahaja, yg tinggal hanya:

  • 3 bilik utk 5 org dan 2 bilik utk 3 org (kesemua boleh ditambah 1 tilam)

Pembetulan utk kadar sewa bilik utk 3 org. Kadarnya ialah RM130/sehari bukannya RM105. RM105 hanya utk bilik keluarga yg sudah habis ditempah. Harap maaf.

Utk bilik di tingkat 3 utk keluarga, lelaki dan wanita, yg tinggal:

  • 3 bilik utk seorang (boleh tambah 1 tilam utk berdua)
  • 2 bilik utk berdua tanpa aircond (ada kipas dan boleh tambah 1 tilam). Bayaran RM80 sehari
  • 3 bilik utk 2 org, ada air-cond (boleh tambah 1 tilam). RM90/sehari

Tambahan 1 tilam dgn bayaran RM10 sehari.

Harap maklum
Nazeli

Maklumat Penuh Penginapan

Top

Penginapan di Darul Puteri: Terkini (Jumaat 10 November)

As on Friday, November 10, 2006 9:21:48 AM

Klik untuk Info Terkini

Top

Kenyataan Media

Tuesday, November 14, 2006 8:48:16 PM

KENYATAAN MEDIA

1. PERHIMPUNAN PERWAKILAN NASIONAL 2006 (PPN 2006)
2. PERHIMPUNAN PERWAKILAN WANITA NASIONAL 2006 (PPWN)
3. KARNIVAL JIM BERSAMA MASYARAKAT 2006

Assalamu’alaikum.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) akan mengadakan Perhimpunan Perwakilan Nasional 2006 pada 25 dan 26 November 2006 (Sabtu dan Ahad) di Kompleks Darul Puteri, Cheras, Kuala Lumpur. Perhimpunan tahunan ini akan melibatkan pimpinan, perwakilan dan pemerhati di peringkat pusat, negeri dan daerah. Perhimpunan kali ini bertemakan: “Menggembleng Ummah Memperjuangkan Syariah”. Presiden JIM, Tuan Haji Zaid Kamaruddin akan menyampaikan Ucapan Dasar dengan tajuk seperti tema di atas pada pagi Sabtu 25 November 2006.

Kami juga ingin memaklumkan bahawa Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional 2006 akan diadakan sehari sebelum itu, iaitu pada 24 November 2006 (Jumaat) di tempat yang sama. Tema Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional pada tahun ini adalah: “Menggarap Pembangunan Modal Insan Berkualiti”. Ketua Wanita JIM, Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj akan menyampaikan Ucapan Dasar dengan tajuk seperti tema di atas pada pagi Jumaat, 24 November 2006.
Di sebelah malam pula akan diadakan majlis makan malam sempena pelancaran Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga Islah (PAKSI-JIM). Pusat ini akan menjadi satu lagi usaha JIM bagi menyantuni wanita dan keluarga. Ia akan di lancarkan oleh wakil dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan majlis makan malam ini adalah untuk mengumpul dana bagi mengoperasikan pusat ini. Tiket-tiket untuk sumbangan pembelian meja sedang di jual berharga RM 1000/meja dan RM750/meja
Serentak dengan kedua-dua perhimpunan ini, kami juga akan mengadakan: “Karnival JIM Bersama Masyarakat”. Terdapat banyak acara menarik yang akan diadakan sepanjang karnival ini. Antara acara yang akan berlangsung sepanjang karnival 3 hari ini adalah:

  • Pameran “showcase” aktivisme JIM. Para pengunjung akan berpeluang mengenali JIM dengan lebih dekat dengan mengunjungi pameran ini.
  • Kaunter Khidmat Kesihatan
  • Kaunter Khidmat Guaman
  • Gerai-gerai jualan pelbagai barangan
  • 6 sesi perkongsian interaktif dengan pelbagai tokoh yang meliputi pelbagai tajuk: kekeluargaan, remaja, dakwah, remaja puteri, komunikasi berkesan untuk remaja serta isu Palestine

Penyertaan ke semua aturcara karnival adalah percuma.

Jesteru itu kami ingin menjemput:

  1. Media – untuk membuat liputan sepanjang majlis perasmian PPN 2006 dan PPWN 2006. Satu sesi sidang media akan diadakan selepas kedua-dua majlis perasmian tersebut. Pihak media juga dijemput untuk membuat liputan sepanjang Karnival JIM Bersama Masyarakat diadakan.
  2. Orang ramai – untuk mengambil bahagian dalam semua aturcara Karnival JIM Bersama Masyarakat 2006.

Bersama-sama ini kami sertakan aturcara penuh bagi PPN 2006, PPWN 2006 dan Karnival JIM Bersama Masyarakat.

Kami sertakan juga peta tunjuk arah untuk ke Kompleks Darul Puteri, Cheras, Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut tentang ketiga-tiga acara ini boleh juga diperolehi dengan melawati laman web: http://ppn.jim.org.my/2006/

Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan kami nanti!

Wassalam

Hj Nahar Md. Nor
Setiausaha Agung JIM
15 November 2006

Top

JIM | Hidayah Centre | KIMB | Wanita
Best Experience: Mozilla Firefox 1.0++ & Netscape Navigator 7.0++ | Dibangunkan oleh JIMedia 2006