Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
PPN: Lokasi

Lokasi

PPN 2006 pada tahun ini akan diadakan di Kompleks Darul Puteri, Cheras, Kuala Lumpur. Kompleks ini berada di suatu kawasan yang strategik dan sibuk di Kuala Lumpur. Berhampiran dengan Court's Mammoth dan di sekelilingnya terdapat berbagai kemudahan seperti kedai serbaneka dan sebagainya bakal memudahkan urusan harian anda selama berada di Darul Puteri. Oleh kerana PPN kali ini diadakan serentak dengan Karnival JIM Bersama Masyarakat, para perwakilan, pemerhati dan pengunjung dinasihatkan membeli di gerai-gerai yang terdapat di tapak karnival.

Panduan ke Tapak PPN/ PPWN/ Karnival JIM 2006

Berikut adalah panduan ke tapak PPN/ PPWN/ Karnival JIM 2006:

  • Peserta/Pengunjung/Pelawat boleh datang dari 3 arah berlainan iaitu Pantai Timur, Selatan dan Utara.
  • Tapak PPN/PPWN/Karnival JIM terletak di Jalan Cheras, Cheras.
  • Landmark terdekat ialah Bulatan Jalan Cheras/ Jalan Loke Yew, Menara PGRM dan Stadium Badminton K. Lumpur

Peta Lokasi

Klik untuk mendapatkan peta lokasi Darul Puteri. Anda juga boleh dapatkan imej satelit Atau dapatkan imej di sini.

Foto

Berikut adalah paparan foto kawasan Kompleks Darul Puteri untuk kemudahan anda menggambarkan tapak PPN kali ini.


JIM | Hidayah Centre | KIMB | Wanita
Best Experience: Mozilla Firefox 1.0++ & Netscape Navigator 7.0++ | Dibangunkan oleh JIMedia 2006